Sunday, February 3, 2008

Sejarah Komputer


Pada tahun 1937, Dr. John V. Atanasoff dan Cliffor Berry telah mereka bentuk dan membina komputer digital elektronik yang pertama. Mesin mereka iaitu Komputer - Atanasoff – Berry ataupun ABC, membekalkan asas bagi lanjutan dalam computer didital elektronik.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, seorang saintis British bernama Alan Turing telah mereka bentuk Colossus, sebuah komputer elektronik yang telah dicpta untuk tentera bagi memecahkan kod-kod German. Kemunculan komputer ini telah dirahsiakan sehingga tahun 1970-an.

Pada tahun 1945, John von Neumann telah mencipta komputer elektronik untuk pemebelajaran lanjutan di institute. Komputer ini dan senibina von Neumann sesuai sebagai prototaip / model percubaan untuk komputer program yang distor berikutnya di seluruh dunia.

Pada tahun 1946, Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert, Jr telah menyelesaikan / melengkapkan kerja dalam elektronik skala besar yang pertama bagi tujuan umum komputer digital. Komputer dan Intergrator Angka Elektronik ( Electronic Numerical Intergrator And Computer, ENIAC ) ini yang beratnya 30 tan mengandungi 18,000 vakum silinder, menduduki 30 x 50 kaki ruang, dan menggunakan kuasa sebanyak 160 kilowatts. Pada kali pertama ianya dihidupkan, keseluruhan seksyen Philadelphia diterangi dengan cahaya yang kabur.

William Shockley, John Bardeen, dan Walter Brattain mencipta alat pindahan rintangan yang mungkin dipanggil sebagai transistor pada tahun 1947. Transistor ini boleh menukar sepenuhnya komputer, membuktikan kepercayaan yang lebih banyak daripada vakum silinder.
Komputer digital elektronik yang boleh didapati secara dagangan iaitu UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer ) Komputer AutomatikSedunia telah diperkenalkan oleh Remington Rand pada tahun 1951. kesedaran awam tentang komputer meningkat apabila UNIVAC 1, selepas menganalisis 5 % undi popular, meramalkan secara tepat bahawa Dwight D. Eisenhower akan memenangi pilihanraya / pengundian presiden.

Pada tahun 1952, Dr. Grace Hopper mempertimbangkan konsep penggunaan semula software dalam kertas kerja yang bertajuk ‘ Pendidikan Komputer ’. Ia mengutarakan bagaiman memprogram komputer dengan notasi bersimbol selain memperincikan bahasa mesin yang telah pun diguna pakai.

Model IBM 650 merupakan salah satu komputer yang mula-mula digunakan secara meluas pada tahun 1953. dalam perancangan asal, dianggarkan 50 buah mesin akan dikeluarkan. Oleh sebab sistem ini telah Berjaya, maka IBM telah menghasilkan 1000 buah komputer. Dengan pengeluaran model IBM 700, syarikat akan mendominasi pasaran utama untuk dekad yang akan datang. Memori teras yang dihasilkan pada awal 1950-an memberi ruang kapasiti yang besar berbanding memeori vakum silinder.

Pada tahun 1957, Sistem RAMAC IBM 305 merupakan model pertama yang menggunakan disket magnet untuk simpanan luaran. Sistem ini membekalkan simpanan kapasiti yang sama seperti tap magnetic yang digunakan sebelum ini. Tetapi ia menawarkan kelebihan semi RAC ( Random Access Capability ). Fortran merupakan satu formula penterjemahan yang efisien, mudah digunakan untuk memprogram bahasa telah diperkenalkan oleh John Backus.

Pada tahun 1958, Syarikat Peralatan Texas kepunyaan Jack Kilny telah mencipta litar intergrasi yang mewujudkan asas komputer dengan kelajuan yang tinggi berserta kapasiti memori yang besar. Penciptaan komputer yang mempunyai transistor menandakan kewujudan generasi kedua hardware komputer.

Pada tahun 1959 pula, lebih daripada 200 pemprograman bahasa telah dicipta. IBM memperkenalkan 2 komputer kecil bersaiz meja iaitu IBM 1401 untuk perniagaan dan IBM 1620 untuk saintis. IBM 1620 juga dikenali sebagai CADET tetapi nama ini ditukar oleh IBM apabila kolej Wags menyatakan ia adalah akronim untuk ‘ Can’t Add, Doesn’t Even Try’.

Pada tahun 1960, aplikasi bahasa perniagaan yang tinggi COBOC dikembangkan oleh sekumpulan ahli yang diketuai oleh Dr. Grace Hopper. COBOC menggunakan bahasa Inggeris seperti frasa-frasa dan ia laris untuk komputer perniagaan. Tambahan pula, ia merupakan salah satu bahasa yang diprogramkan dan digunakan secara meluas.

Pada tahun 1964, penggunaan computer telah mencapai sehingga 18,000unit. Komputer generasi ketiga diperkenalkan dengan pengawasan litar yang dipasang pada cip. Komputer IBM 360 merupakan komputer pertama yang mempunyai mesin yang sesuai dengan gabungan unsure sains dan perniagaan.

Dr John Kemeny dari Dartmouth telah mengetuai pembangunan pemprograman bahasa BASIC pada tahun 1965. BASIC akan digunakan secara meluas dalam komputer peribadi. Syarikat Digital Equipment Corporation ( DEC ) telah memperkenalkan mini komputer yang pertama iaitu PDP-8. komputer ini digunakan khas sebagai alat penyambung untuk sistem perkongsian masa.

IBM juga buat kali pertamanya memperkenalkan tempoh pemproseskan kata dengan Tap Magnektik / Mesin Taip Selektrik ( MT /ST ). MT /ST ini medium simpanan penggunaan semula yang pertama yang membenarkan material yang telah ditaip diedit tanpa menaip semula dokumen.

Pada tahun 1968, Syarikat Sains Komputer menjadi syarikat software yang pertama disenaraikan dalam NYSE ( New York Stock Exchange ) ( Pertukaran Saham New York. ) dalam surat kepada editor, yang bertajuk “ Go To Statements Considered Harmful”, Dr. Edsger Dijsktra memperkenalkan konsep pemprograman yang telah distrukturkan, membangunkan piawaian / standard untuk membina program-program komputer. Alan Shugart di IBM membuktikan penggunaan biasa cakera liut ( simpanan magnektik ) yang pertama bersaiz 8 inci.
Pada tahun 1969, di bawah tekanan daripada industri, IBM mengumumkan bahawa beberapa harga softwarenya akan diasingkan daripada hardware komputer. Ketidakikatan ini, membenarkan firma-firma software muncul dalam industri. Rangkaian ARPANET, bekas pemegang internet telah ditubuhkan.

Pada tahun 1970, komputer generasi keempat yang dibina dengan cip menggunakan LSI ( large scale intergration ) intergrasi yang berskala besar muncul / wujud. LSI cip ini mengandungi sebanyak 15000 litar manakala cip yang telah digunakan pada tahun 1965 hanya mengandingi sebanyak 1000 litar sahaja.

Dr. Ted Hoff dari syarikat Intel mengembangkan mikropemproses ataupun cip komputer yang boleh dimikroprogramkan Intel 4004 pada tahun 1971.

Ethernet, rangkaian kawasan setempat ( LAN – Local Area Network ) yang pertama telah dikembangkan di Xeron PARC ( Palo Alto Research Center ) ( Pusat Penyelidikan Palo Alto ) oleh Robert Metcalf pada tahun 1975. rangkaian kawasan setempat ( LAN ) juga membenarkan komputer-komputer untuk berkomunikasi dan berkomgsi software, data, dan sempadan. Pada mulanya, ia telah direka bentuk untuk menghubungkan minikomputer-minikomputer , Ethernet juga akan disambungkan kepada komputer peribadi.

Syarikat MITS juga mengiklankan / mempromosikan salah satu daripada mikrokomputer yang pertama, Altair. Bagi destinasi dalam episode Star Trek, yang telah dinamakan sebagai Altair telah dijual dalam peralatan kurang daripada $ 400. Walau bagaimanapun, pada mulanya , ia tidak mempunyai papan kekunci deretan punat ( key board ), tiada monitor, tiada memori tetap dan tidak ada software, 4000 tetmpahan telah diambil dalam tempoh 3 bulan yang pertama.

Steve Jobs dan Steve Wozniak membina komputer Apple yang pertama pada tahun 1976. Versi yang berikutnya , iaitu Apple II merupakan kejayaan yang serta merta / terus. Ianya telah diterima oleh sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah tinggi, dan kolej-kolej. Bagi kenyakkan pelajar-pelajar, Apple II merupakan hubungan pertama mereka dengan dunia komputer. Visi Calc, suatu program berkomputer untuk maipulasi data berjadual telah ditulis oleh Bob Frankston dan Dan Bricklin telah memperkenalkan pada tahun 1979. Visi Calc akan dapat dilihat sebagai sebab yang paling penting bagi penerimaan komputer peribadi dalam dunia perniagaan. Pada tahun yang sama juga maklumat perkhidmatan omline awam iaitu Compu Serve dan Source telah ditubuhkan.

Pada tahun 1980, IBM menawarkan pengasas Syarikat Mikrosoft , Bill Gates, peluang mengembangkan sistem operasi untuk diumumkan dalam komputer peribadi IBM. Dengan pembangunan MS-DOS, mikrosoft telah mencapai peningkatan dan kejayaan yang hebat. Alan Shugart pula menawarkan hard drive Winchester yang menukarkan simpanan untuk komputer peribadi.

Pada 1981, PC IBM yang diperkenalkan menandakan kewujudan IBM dalam komputer peribadi dalam pasaran. PC IBM dengan cepatnya telah mengumpul ruangan yang paling besar dalam pasaran komputer peribadi dan menjadi komputer peribadi pilihan dalam perniagaan. Virus komputer yang pertama, Elk Cloner, disebar menerusi diskets Apple II yang mengandungi sistem operasi. Rima pendek akan muncul apabila pengguna menekan butang ‘Reset’ selepas boot ke 50 dicemari oleh disket bervirus.

Pada tahun 1982, sebanyak 3,275,000 komputer peribadi telah dijual. Ini adlah tambahan penjualan lebih kurang 3,000,000 berbanding dengan tahun 1981. Compaq Inc telah diasaskan agar komputer peribadi IBM dibangunkan dan dipasarkan. Hayes memperkenalkan modem 300bps yang merupakan satu kejayaan segera.

Pada tahun 1983, daripada memilih orang untuk anugerah tahunan, majalah TIME telah memilih nama komputer untuk anugerah ‘ Machine of the Year’ pada tahun 1982 yang mengakui kesan komputer dalam masyarakat.

Syarikat Pembangunan Lotus juga telah ditubuhkan pada tahun 1983. dalam software, untuk manipulasi data berjadualnya, Lotus 1-2-3, yang menggabungkan data berjadual, grafik dan program database dalam satu pakej, menjadi program jualan terbaik untuk komputer peribadi IBM.

Pada tahun 1984, Apple memperkenalkan komputer Macintosh yang mana menggabungkan alat penyambung yang unik , mudah dibelajar dan grafik untuk pengguna. Pada tahun yang sama juga, Hewlett-Packard mengumumkan pencetak Laser Jet yang pertama untuk komputer peribadi.

Pada tahun 1986, Mikrosoft mempunyai sumbangan stok awam dan mengumpul hampir-hampir $ 61 million. Dalam tempoh 20 tahun, stok / saham Mikrosoft bernila hampir $ 350 billion ataupun 5,735 kali jumlah yang dikumpul dalam bantuan stok awam awal. Mikrosoft melebihi Syarikat Pembangunan Lotus untuk menjadi penjual / peniaga software dunia yang tertinggi.
Semasa bekerja di CERN, Switzerland, Tim Berners –Lee mencipta Internet berdasarkan perusahaan hipermedia untuk perkongsian maklumat pada tahun 1989. berners –Lee akan memperbaharukannya sebagai w.w.w. ( World Wide Web ) . Pada tahun yang sama juga, Intel 486 menjadi mikro pemproses dunia yang pertama sebanyak 1,000,000 transistor. Ia mengasak / menyumbat sebanyak 1.2 million transistor dalam silikon perak dan melaksanakan 15,000,000 arahan / tunjukkan sesaat, iaitu 4 kali lebih laju daripada cip 80386.

Konsortium WWW ( World Wide Web) pada tahun 1991 melancarkan standartnya yang menghuraikan rangka untuk menggabungkan dokumen-dokumen dalam komputer yang berlainan.

Pada tahun 1992, Mikrosoft melancarkan Windows 3.1 iaitu versi terbaru sistem operasi windows. Windows 3.1 ini menawarkan kebaikan seperti font True Type, kebolehan multimedia, dsn ( object linking and embedding ) ( OLE ) objek yang menyambung dan memacak. Dalam tempoh 2 bulan, 3, 000, 000 salinan Windows 3.1 telah dijual.

Beberapa syarikat memperkenalkan komputer melalui prosessor ( mesin memproses ) Pentium daripada Intel pada tahun 1993. Cip Pentium yang menggantikan mesin memproses ( processor ) Intel 486. ianya mengandungi 3.1 million transistor dan mampu melaksanakan 112, 000,000 arahan sesaat. Mikrosoft juga melancarkan Mikrosoft Office 3 Professional iaitu versi pertama Mikrosoft Office pada tahun yang sama. Rumah Putih ( White House ) juga melancarkan laman webnya sendiri, yang mana meliputi buku panduan rakyat yang berinteraksi, sejarah dan lawatan Rumah Putih.

Jim Clank dan Mare Andreessen mengasaskan Netscape dan melancarkan Navigator 1.0 iaitu sebuah browser untuk World Wide Web pada tahun 1994. Linus Torralds juga mencipta bahagian penting Linux iaitu UNIX, sistem operasi yang mana beliau melancarkan ke seluruh Internet secara percuma untuk penambahan selanjutnya oleh pengatur cara ( programmer ) yang lain.

Pada tahun 1995, Sun Microsystems melancarkan Java iaitu objek berorientasikan bahasa yang diprogramkan bagi membenarkan pengguna menulis satu aplikasi untuk pelbagai pelantaran ( platform) komputer. Java menjadi salah satu daripada teknologi internet yang hangat. Pada tahun yang sama, Mikrosoft juga melancarkan Windows 95, iaitu sebuah pengemaskinian ( upgrade ) terhadap sistem operasi Windowsnya sendiri. Windows 95 mengandungi lebih daripada 10, 000, 000 talian arahan / ajaran komputer yang telah dikembangkan oleh usaha tahunan 300 orang. Lebih daripada 50, 000 individu dan syarikat menguji software ini sebelum ianya dikeluarkan.

Pada tahun 1996, U.s. Robotics memperkenalkan Palm Pilot , pengajur peribadi yang boleh dipegang di tangan. Kemesraan pengguna dan harga murah Palm Pilot menyebabkan ianya menarik perhatian selepas PDAs ( Personal Digital Assistants ). Pada tahun yang sama juga, Mikrosoft melancarkan Windows NT 4.0, sebuah sistem operasi untuk pelanggan – pemberi atau pengkhidmat rangkaian. Alat pengurusan dan kepintaran Windows NT memudahkan pembangun atau pemaju –pemaju untuk membina dan membahagi aplikasi perniagaan. Pada tahun tersebut juga, dua daripada 3 orang pekerja di Amerika Syarikat mengakses komputer peribadi dan 1 daripada setiap 3 rumah mempunyai komputer peribadi. 50 million komputer peribadi telah dijual di selururh dunia dan lebih daripada 250, 000, 000 digunakan.

Apple dan Mikrosoft menandatangani perjanjian pembangunan teknologi gabungan pada tahun 1997. Mikrosoft membeli $150, 000, 000 stok Apple, DVD, iaitu penghasilan simpanan cakera optic yang berteknologi ( optical disc storage technology ) telah diperkenalkan pada tahun berkenaan. DVD boleh menyimpan data komputer, audio dan video dalam format utama ( single format) dengan kebolehan mengeluarkan kualiti studio terdekat.

Bagi tahun berakhir, 500,000 DVD ( player ) pemain telah dihantar ke seluruh dunia. Pada tahun 1997 juga, Intel memperkenalkan mesin memproses ( processor ) Pentium III dengan 7.5 million transistor. Mesin memproses baru ini menggabungkan teknologi MMX, memproses data, video, audio dan grafik dengan lebih efisien / cekap dan menggalakkan aplikasi seperti menyunting filem, bermain dan lain-lain lagi. Mikrosoft melancarkan Internet Explorer 4.0 dan mengenai satu tempat dengan serta –merta di arena Internet. Pembaca web ini disambut dengan permintaan pengguna yang hebat. Pengguna seramai 50 million dirangkaikan / dihubungkan kepada internet dan World Wide Web ( WWW).

Pada tahun 1998, lebih daripada 10,000,000 orang memberi perhatian kepada / meneruskan telekomuting, yang mana kemampuan bekerja di rumah dan berkomunikasi dengan pejabat melalui komputer. Semakin banyak firma yang meliputi telekomuting membantu meningkatkan produktiviti, mengurangkan ketidakhadiran dan membekalkan kepuasan kerja yang lebih baik.

Pada tahun yang sama juga, Komputer Apple memperkenalkan iMac , versi seterusnya komputer Machintosh yang popular. iMac meninggalkan ciri-ciri biasa sebagai drive cakera liut ( floppy disc drive ) tetapi memenangi pelanggan dengan reka bentuk yang sesuai bagi masa hadapan. Ia berbentuk bebas/ kotak yang lut sinar, dan bentuk / struktur organisasi yang mudah ( easy setup ). Permintaan pengguna melebihi kemampuan pengeluaran Apple dan beberapa penjual / peniaga ditegaskan supaya memulakan senarai menunggu.

Pada tahun 1998 juga, E-dagang atau elektronik dagang iaitu pemasaran barang dan perkhidmatan di Internet melambung naik. Syarikat-syarikat seperti Dell, E*TRADE dan Amazon.com menggiatkan aktiviti membeli-belah secara online, membenarkan pembeli-pembeli memperoleh apa sahaja dari hardware dan software kepada kewangan serta perkhidmatan perjalanan, insurans, automobile, buku dan lain-lain lagi.

Pada tahun yang sama juga, Mikrosoft melancarkan Windows 98, iaitu suatu pengemaskinian bagi Windows 95. Windows 98 ini menawarkan Internet akses yang telah dipertingkatkan / diperbaikan, pelaksanaan sisitem yang lebih baik, menyokong penghasilan baru hardware dan software. Dalam tempoh 6 bulan, lebih daripada 10, 000 , 000 salinan windows 98 telah dijual di seluruh dunia.

Untuk menjadikan komputer-komputer patuh pada Y2K ( Year 2000 ), kerajaan-kerajaan dan syarikat-syarikatnya bekerja dengan cemas, membelanjakan lebih daripada $500 billion di seluruh dunia pada tahun 1999. Komputer-komputer yang tidak patuh kepada Y2K, tidak dapat membezakan sama ada 01/01/ 00 merujuk kepada 1900 atau 2000, maka ia boleh beroperasi dengan menggunakan tarikh yang salah. Y2K yang boleh mencacatkan program komputer ( bug) boleh memberi kesn kepada apa sahaja aplikasi yang bergantung kepada cipkomputer seperti ATMS , plan udara ( airplace), kuasa syarikat dan sistem telefon menjadi pada akhir tahun, virus Y2K dilaporkan tidak menjadi suatu masalah.

No comments: